Skip to main content

Lawatan Sambil Belajar SMA Maahad Al-Mizan Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 11 Jun 2023 - UniSHAMS telah menerima lawatan sambil belajar Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mizan, Kuala Kangsar, Perak. Kunjungan seramai 42 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring itu tiba di perkarangan lobi Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak pada pukul 10.00 pagi.

    Para tetamu disambut dan diberi taklimat universiti oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK) sebelum dibawa melawat ke sekitar kampus termasuk perpustakaan UniSHAMS. Semoga lawatan dan taklimat yang disampaikan dapat memberi info baharu kepada para pengunjung khususnya berkaitan UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan