Skip to main content

Program Mobiliti Antarabangsa (Inbound) UniSHAMS- UNP 2023

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 6 Jun 2023 –  UniSHAMS telah melaksanakan Program Mobiliti Antarabangsa (Inbound) UniSHAMS-UNP 2023 sempena kunjungan rombongan mahasiswa dan dosen MK Bimbingan dan Konseling, Universitas Negeri Padang (UNP) ke Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

    Delegasi terdiri dari 9 orang pensyarah dan 172 orang mahasiswa/ mahasiswi dalam pelbagai peringkat pengajian Kaunseling. Sementara itu, ketibaan para peserta disambut dengan ucapan aluan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UniSHAMS dan diikuti dengan ucapan oleh Prof. Dr Firman, Guru Besar/ Pembina Utama Madya/ IV d UNP.
     
    Program di bawah kelolaan Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi (PPPKP) ini diserikan dengan persembahan Silat Seni Pusaka Hanafi dan persembahan kebudayaan oleh para Mahasiswa UniSHAMS. Selain itu, para peserta juga telah mengikuti 2 slot pengisian ilmiah yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Ahmad Rozelan Yunus dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Amir Awang.
     
    Semoga program seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua institusi, serta menghasikan lebih banyak peluang dan ruang kerjasama khususnya dalam bidang akademik, demi manfaat bersama.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan