Skip to main content

Naib Canselor Menyampaikan Syarahan Kewangan Islam Dan Kunjungan Hormat Pengarah, Institut Pengurusan Perniagaan, Karachi, Pakistan

| PRO UniSHAMS | Berita

    Karachi, Pakistan, 1 Jun 2023 - Naib Canselor UniSHAMS, Profesor Dr Asmadi bin Mohamed Naim, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Dr Tariq Rahim Soomro,  Pemangku Rektor,  Institut Pengurusan Perniagaan, Karachi bertempat di institut tersebut.

    Dalam perjumpaan ini, Naib Canselor telah memberikan satu syarahan yang bertajuk Urus Tadbir Syariah dalam Kewangan Islam: Pengalaman Malaysia kepada warga kerja dan pihak industri kewangan di Karachi termasuk staf Bank Negera Pakistan. Keinginan mereka dalam ilmu kewangan dapat dilihat melalui kehadiran yang memenuhi dewan syarahan tersebut dan soal jawab selepas syarahan tersebut.

    Ketika dihubungi, Naib Canselor menyatakan hadirin yang hadir telah diperkenalkan kepada UniSHAMS melalui penayangan video UniSHAMS sebelum syarahan tersebut.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan