Skip to main content

Kunjungan Hormat Naib Canselor Kepada Presiden, Muhammad Ali Jinnah University (MAJU), Karachi, Pakistan

| PRO UniSHAMS | Berita

    Karachi, Pakistan, 1 Jun 2023:  Naib Canselor UniSHAMS, Profesor Dr Asmadi bin Mohamed Naim, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof Dr Zubair Ahmad Shaikh, Presiden Muhammad Al Jinnah Universiti, Karachi bertempat di kampus Muhammad Ali Jinnah Universiti (MAJU), Karachi.

    Dalam pertemuan itu, Presiden MAJU disertai oleh 10 orang barisan Dekan dan Professor membincangkan pelbagai isu serta kerjasama dan inisiatif untuk kepentingan bersama dalam menggalakkan pendidikan berkualiti dan peranan universiti dalam pembinaan masyarakat turut dibincangkan. Naib Canselor menyatakan hasrat kerjasama dua hala antara kedua-dua universiti akan dijalankan.

    Naib Canselor telah memberi pembentangan kepada Presiden Muhammad Ali Jinnah Universiti berkenaan latar belakang dan pembangunan UniSHAMS serta perancangan masa depan beliau bagi memupuk kerjasama antara universiti-universiti dunia Islam.

    Ketika dihubungi, Naib Canselor menyatakan Presiden Muhammad Ali Jinnah Universiti berminat untuk meningkatkan hubungan dua halanya dengan UniSHAMS di peringkat antarabangsa.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan