Skip to main content

Kunjungan Hormat Naib Canselor Ke International Islamic University, Islamabad (IIUI), Pakistan

| PRO UniSHAMS | Berita

    Islamabad, Pakistan, 30 Mei 2023 - Naib Canselor UniSHAMS, Profesor Dr Asmadi bin Mohamed Naim,  telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dr. Hathal Hamoud Al-Otaibi di, Presiden International Islamic University Islamabad (IIUI), Pakistan bertempat di pejabat beliau.

    Dalam pertemuan itu, isu-isu kepentingan bersama termasuk inisiatif untuk menggalakkan pendidikan berkualiti dan peranan universiti dalam pembinaan masyarakat telah dibincangkan. Naib Canselor menyatakan hasrat kerjasama dua hala antara kedua-dua universiti dalam bentuk pertukaran pelajar, pertukran staf, matching grant,  kolaborasi penerbitan boleh dipergiatkan.

    Naib Canselor juga telah memberi pembentangan kepada Presiden IIUI berkenaan UniSHAMS serta perancangan masa depan beliau bagi memupuk kerjasama antara universiti-universiti dunia Islam.

    Ketika dihubungi, Naib Canselor menyatakan Presiden IIUI berminat untuk meningkatkan hubungan dua halanya dengan universiti di seluruh dunia termasuk UniSHAMS selain memberi tumpuan kepada kolaborasi penyelidikan, penerbitan dan berminat untuk memulakan kerjasama bersama dalam hal-hal lain.

    Turut hadir dalam perjumpaan ini Naib Presiden IIUI, Akademik Penyelidikan dan Industri, Dr. Ahmed Shuja Syed.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan