Skip to main content

Kunjungan Hormat Pengarah Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 28 Mei 2023 - UniSHAMS berbesar hati menerima kunjungan hormat Yang Berbahagia Dato' Haji Shushilil Azam Shuib, Pengarah Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, pagi ini.

    Ketibaan di Lobi Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak telah disambut oleh barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE) yang diketuai oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa.

    Satu sesi perbincangan turut diadakan di Dewan Senat UniSHAMS bersama Ahli JPE, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS berkaitan pelaksanaan program mobiliti pelajar dan isu pengantarabangsaan.

    Selain itu, Yang Berbahagia Dato' Haji Shushilil turut berkesempatan untuk meninjau persekitaran kampus serta melawat Galeri Tuanku Canselor UniSHAMS. Beliau juga sempat bertemu beberapa wakil pelajar antarabangsa UniSHAMS daripada negara seperti Mesir, Thailand, Kemboja dan Indonesia.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan