Skip to main content

Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Korporat Daripada Koperasi Tunas Muda Sempena Hari Raya Aidilfitri Kepada Pelajar

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 16 Mei 2023 – Seramai 50 orang pelajar yang berkelayakan telah mendapat sumbangan zakat korporat daripada Koperasi Tunas Muda, Pulau Pinang sempena hari raya aidilfitri yang diberikan secara tunai.

    Penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh Encik Mohd Marwan bin Mohd Salleh, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar. Dalam majlis ini Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar  dalam ucapan beliau mengatakan bahawa data agihan sumbangan zakat korporat ini di ambil daripada permohonan pelajar zakat wakalah Tabung Haji bagi fasa 1 yang berkelayakan. Beliau juga menasihati kepada pelajar supaya menggunakan sumbangan tersebut dengan sewajarnya.

    Hadir sama dalam majlis ini En. Muhammad Hilmi bin Che Halim, Penolong Pendaftar Pusat Hal Ehwal Pelajar dan kakitangan Pusat Hal Ehwal Pelajar.