Majlis Mengadap Sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

Alor Setar, 2 Mei 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, merangkap Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah perkenan untuk menerima mengadap Yang Berbahagia Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS pada 2 Mei 2023.

Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Yang Berbahagia Naib Canselor menyembah maklum berkaitan perkembangan terkini pengurusan dan pentadbiran UniSHAMS, serta memohon limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor untuk pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25.

Turut hadir bersama pada sesi Majlis Mengadap kali ini adalah Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar dan Pegawai Kanan UniSHAMS.

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan


Dimiliki dan Ditadbir Oleh

Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman

unishams-logo

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلاميه العالمية

Terlebih dahulu dikenali sebagai
Kolej Universiti INSANIAH

Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman

Tel: +60 4415 5000
Fax: +60 4415 5050
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami

Dasar Privasi | Penafian| Polisi Keselamatan | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2022 © Hak cipta terpelihara. Dikuasakan oleh BTM.