Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa Baharu Lapor Diri Untuk Memulakan Tugas Di UniSHAMS
Kuala Ketil, 2 Mei 2023 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) hari ini menyambut ketibaan Yang Berusaha Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, yang melapor diri untuk memulakan tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (TNC A) berkuatkuasa 2 Mei 2023.
Ketibaan di Lobi Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, disambut oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE) serta Pegawai dari unit-unit utama di bawah seliaan Pejabat TNC A UniSHAMS.
Yang Berusaha Prof. Madya Dr Muhammad Nasri turut berkesempatan untuk meninjau Galeri Tuanku Canselor, sebelum dibawa naik ke Pejabat TNC A bagi sesi ta’aruf dan taklimat bersama unit-unit utama di bawah seliaannya.
Yang Berusaha Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain merupakan bekas Prof. Madya di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (Islamic Business School), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Seluruh warga UniSHAMS ingin merakamkan ucapan selamat datang dan selamat menjalankan tugas. Semoga UniSHAMSku terus gemilang.