Skip to main content

Kunjungan Hormat Ke Balai Polis Kuala Ketil, Kedah

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 16 Mac 2023 - Pusat Hal Ehwal Pelajar UniSHAMS diwaliki oleh Pengarah dan Pegawai-pegawai telah mengadakan kunjungan hormat ke Balai Polis Kuala Ketil. Kunjungan ini disambut dengan baik oleh Ketua Balai Polis Kuala Ketil iaitu Sub Inspektor Muhammad Ridzuan bin Zahari.

    Beberapa permasalahan dan cadangan telah dibawa dalam perbincangan tersebut khususnya berkaitan dengan keselamatan dan disiplin pelajar.

    Semoga pertemuan yang telah diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan pihak UniSHAMS dan Polis Kuala Ketil dalam kerjasama bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan