Skip to main content

Global Money Week Financial Well-Being 2023 UniSHAMS - KWSP

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 22 Mac 2023 - YBhg. Naib Canselor telah menyempurnakan perasmian program Global Money Week Financial Well-Being 2023 UniSHAMS - KWSP yang telah diadakan di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, UniSHAMS.

    Program anjuran bersama Pusat Pengajian & Penyelidikan Kewangan Islam (UniSHAMS CIFER), Pejabat Pendaftar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sungai Petani dan Financial Education Network telah dihadiri oleh mahasiswa dan staf UniSHAMS. Program ini memberi perkongsian berkaitan kesedaran terhadap jenayah kewangan dan kepentingan simpanan masa hadapan.

    Turut hadir menjayakan program hari ini adalah wakil Bank Negara Malaysia Pulau Pinang iaitu Puan Hasjun Hashim, Encik Sabri Hamid, Pengurus Kanan KWSP Wilayah Utara dan staf KWSP Cawangan Sungai Petani.

    Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, satu majlis ringkas pelancaran Program Ramadan Kareem, anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar, melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Permuafakatan Persatuan dan Kelab Pelajar UniSHAMS telah disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor, sambil diiringi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan