Skip to main content

Mesyuarat Institusi Pengajian Tinggi Milikan Kerajaan Negeri (IPTN) BIL. 1/2023

| PRO UniSHAMS | Berita
    Kuantan, 17 Mac 2023Naib Canselor UniSHAMS telah menghadiri Mesyuarat Institusi Pengajian Tinggi Milikan Kerajaan Negeri (IPTN) Bil. 1/2023 bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), Kuantan, Pahang.
     
    Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Naib Canselor dan Rektor serta wakil-wakil daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi milikan kerajaan negeri daripada seluruh Malaysia.
     
    Pelbagai agenda yang dibincangkan dalam usaha untuk pembangunan IPTN di Malaysia selain mengeratkan hubungan kerjasama antara IPTN di Malaysia.
     
    Hadir sama, Dr Rohani binti Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan