Skip to main content

Program Bulan Keusahawanan Siswa Unishams 2022 & Penyerahan Dana UniPRENEUR 2.0 Bank Rakyat

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 30 November 2022: Unit Keusahawanan dan Pengesanan Graduan, PHEP dgn kerjasama Pusat Pengajian Umum Unishams  telah menganjurkan 'Program Bulan Keusahawanan UniSHAMS 2022' yang mengumpulkan lebih 80 kiosk siswaniaga yg menjual pelbagai produk  kreatif dan berinovasi. Majlis dirasmikan oleh Dr. Rohani Binti Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, diiringi En Mohd Marwan Bin Mohd Salleh, Pengarah PHEP dan Pn Rushda selaku Ketua Unit Keusahawanan, PHEP.

    Sempena Program Bulan Keusahawanan Siswa UniSHAMS 2022 yg dianjurkan buat julung kalinya ini, majlis juga telah menjemput En Radzi Bin Abdul Aziz, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sungai Petani untuk menyempurnakan penyerahan mock cheque daripada Bank Rakyat  sebanyak RM 65,000.00 kepada  Dr Rohani binti Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,UniSHAMS. UniSHAMS antara 20 IPT yang terpilih bagi tahun 2022 untuk program UniPRENEUR 2.0 Bank Rakyat yang memperuntukkan dana bernilai Rm 3000 kepada setiap usahawansiswa  yang memenuhi syarat.

    Majlis juga diserikan dengan slot Perkongsian tips keusahawanan dengan kehadiran Ikon Usahawan Kedah : Pn Felinna Fattah dan En Rafie Ramli yang bersemangat mengajak pelajar untuk memulakan langkah dalam dunia keusahawanan sebermulanya dari alam kampus.

    Program ini juga mempertandingkan 3 kategori bagi hasil jualan tertinggi, produk kreatif dan kluster tercantik. Setelah dinilai oleh para juri, senarai pemenang adalah seperti berikut: 

    Pertandingan Hasil Jualan Tertinggi :

    Tempat Pertama      : Kek Lapis (jualan  Rm 1070)

    Tempat Kedua         : Brutal Corndough (jualan Rm 8++)

    Tempat Ketiga        : Cocktail (Jualan Rm 8++)

    Pertandingan Produk Kreatif 

    Kumpulan Popia Kriuk Kriuk

    Pertandingan Kluster Siswa Tercantik

    Kumpulan Brutal Corndough

    Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seumpama ini akan dapat dijalankan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan