Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana 2 mata pelajaran dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU
Lulus STAM dengan gred minimum Jayyid, dan lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU
Kelayakan yang setara dengan Diploma atau Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5, KKM); ATAU
Kelayakan Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 2.00 daripada 4.00 atau kelayakan yang setara dengannya.
Nota: Syarat lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM bagi calon (i) dan (ii) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.
SYARAT TAMBAHAN BAGI PELAJAR ANTARABANGSA:
IELTS 5.0/ CEFR B1 atau
TOEFL PBT (410-413) atau
TOEFL IBT (34) atau
CAE (160) (Cambridge English: Advance)/ CEFR B2 atau
CPE (180) (Cambridge English: Proficiency) CEFR C1 atau
PTE (Person Test of English) (36) atau
MUET (Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia) (Band 3)