Matrikulasi atau Asasi yang diiktiraf dengan sekurang- kurangnya PNGK 2.0 daripada 4.0; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0 daripada 4.0) dalam DUA mata pelajaran; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang - kurangnya pangkat Jayyid; ATAU
Mana-mana Diploma lain dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.5 daripada 4.0; DAN
Lulus Matematik pada peringkat SPM;ATAU
Diploma dalam Muamalat Kewangan Islam (MKI) atau yang setara dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.5 daripada 4.0; (Bagi calon yang memperoleh PNGK kurang daripada 2.5 tetapi melebihi 2.0 boleh diterima masuk tetapi tertakluk kepada proses penilaian dalaman) Nota: Syarat lulus Matematik pada peringkat SPM bagi calon (i), (ii), (iii) dan (iv) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan lulus mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.
SYARAT KEMASUKAN KHUSUS
Pengkhususan Bidang Muamalat
Bagi kelayakan masuk diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda hendaklah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Pengkhususan Bidang Ekonomi Islam, Kewangan Islam, Pengurusan Islam dan Perakaunan Islam Tidak menetapkan lulus Bahasa Arab, PPT hendaklah menyediakan kursus intensif Bahasa Arab untuk pelajar.
SYARAT TAMBAHAN BAGI PELAJAR ANTARABANGSA:
IELTS 5.0/ CEFR B1 atau
TOEFL PBT (410-413) atau
TOEFL IBT (34) atau
CAE (160) (Cambridge English: Advance)/ CEFR B2 atau
CPE (180) (Cambridge English: Proficiency) CEFR C1 atau
PTE (Person Test of English) (36) atau
MUET (Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia) (Band 3)