Skip to main content

MAJLIS PERASMIAN PERKHIDMATAN KOMUNITI E-KAUSELING

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, KedahMajlis perasmian Perkhidmatan Komuniti e-kaunseling anjuran Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kauseling & Psikologi (PPPKP) dengan kerjasama Masjid Kuala Ketil Dan Pejabat Agama Daerah Baling yang telah diadakan di Masjid Kuala Ketil pada 16hb Januari 2020.

    Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Dr Shamsul Jamili bin Yeob, Naib Canselor UniSHAMS. Turut hadir bersama adalah Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Korporat dan Jaringan, Industri (Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Ramli), Timbalan Pegawai Agama Daerah Baling (Tuan Syeikh Mohd Rasydan bin A. Rahman) dan Timbalan Pengerusi Masjid Kuala Ketil (Tuan Haji Ibrahim bin Abdullah).

    Seramai 180 orang telah menyertai majllis ini iaitu dari kalangan kakitangan UniSHAMS, Pensyarah Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kauseling dan Psikologi (Dr Norhernamawarni binti Abd majid, Puan Nur Hikmah binti Mubarak Ali dan Cik Najah binti Mat Rafae), kaunselor dan alumni Sarjana Kaunseling UniSHAMS, para pelajar PRS Ko-Kurikulum serta jemaah masjid.

    E-Kaunseling merupakan suatu bentuk kaunseling yang memudahkan klien untuk mendapat khidmat kaunseling profesional. Klien hanya perlu menelefon kaunselor mengikut jadual yang ditetapkan untuk berkongsi dengan kaunselor berkenaan sesuatu isu atau masalah yang sedang dihadapinya. Melalui kaedah ini, klien dapat menjimatkan masa, merasa lebih selesa (tanpa rasa malu) serta menjimatkan kos kerana perkhidmatan profesional yang diberi ini adalah percuma mengikut Kod Etika yang ditetapkan oleh Kaunseling Lembaga Kaunselor.

    Bidang Perkhidmatan Kaunseling ialah memberi perkhidmatan kaunseling profesional, beretika khususnya, dalam bidang kekeluargaan, perkahwinan, keibubapaan, isu-isu peribadi dan sebagainya kepada anak kariah yang merangkumi ibu bapa, pasangan, dewasa, remaja, kanak-kanak dan warga emas.

     

    Sustaining Knowledge Through Wisdom