Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฐ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Indonesia yang diketuai oleh Dr. Zailani, wakil Dekan 1 Fakultas Agama Islam.
    ย 
    Ketibaan delegasi seramai hampir 50 orang telah disambut oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat serta staf akademik dan pentadbiran UniSHAMS.
    ย 
    Satu sesi perbincangan dua hala berkaitan cadangan jaringan kerjasama akademik di antara UniSHAMS dan UMSU, kemudiannya diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
    ย 
    Cadangan kerjasama yang bakal dijalinkan di antara UniSHAMS dan UMSU dijangka akan dapat memberikan manfaat secara bersama, terutama dalam pelaksanaan beberapa program seperti Mobiliti Pelajar dan Mobiliti Tenaga Pengajar.
    ย 
    Satu sesi taklimat bersama 39 orang Mahasiswa Prodi PAI Program Magister turut diadakan secara serentak di Dewan Senat dan Bilik Mesyuarat Utama UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom