Skip to main content

UniSHAMS Meterai Perjanjian Persefahaman (MoU) Bersama Aafiat Holding Sdn. Bhd. (Olive House) dan Eq Resources Sdn. Bhd. (Kolej Teknologi Darulnaim)

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟱 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Majlis Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) melalui Kulliyyah Syariah & Undang-Undang (KSU) telah menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Aafiat Holding Sdn. Bhd. (Olive House) dan Eq Resources Sdn. Bhd. (Kolej Teknologi Darulnaim). Majlis Menandatangani MoU telah berlangsung dengan jayanya hari ini, bertempat di Dewan Senat UniSHAMS.
     
    Terdahulu, delegasi daripada kedua-dua agensi terlibat tiba di Lobi Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kira-kira jam 10:00 pagi dan disambut oleh Prof. Madya Dr Muhamad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan dan staf KSU.
     
    Delegasi Aafiat Holding telah diketuai oleh Presiden Aafiyat Group, Ustaz Aidil Azwal Zainudin, manakala delegasi Kolej Teknologi Darulnaim diketuai oleh Ketua Eksekutif, iaitu Dr Nik Kamaruzaman Abdullatiff. Para tetamu kemudiannya dibawa melawat Galeri Tuanku Canselor dan seterusnya ke Dewan Senat untuk Majlis Menandatangani MoU.
     
    Prof. Madya Dr. Muhamad Nasri dalam ucapannya, mengalukan kedatangan delegasi daripada kedua-dua agensi ke UniSHAMS dan beliau berharap dengan termerainya MoU pada hari ini adalah sebagai kunci untuk membuka kerjasama yang lebih erat di masa akan datang.
     
    MoU ini telah ditandatangani oleh wakil pihak UniSHAMS iaitu Prof. Madya Dr Muhamad Nasri dan Dr Akli Ahmad, Dekan KSU bersama dua orang wakil dari setiap agensi. MoU di antara UniSHAMS dan Aafiat Holding Sdn. Bhd. (Olive House) melibatkan jaringan kerjasama industri, manakala Eq Resources Sdn. Bhd. (Kolej Teknologi Darulnaim) adalah berbentuk jaringan kerjasama akademik.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom