Skip to main content

Kunjungan Hormat Yayasan Terengganu Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฒ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan Terengganu bagi membincangkan cadangan memperkukuhkan jaringan kerjasama dan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara kedua belah pihak.
    ย 
    Delegasi ini diketuai oleh Tn. Haji Megat Samsudin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan) bersama empat orang pegawai iaitu En. Azwandi Mohamad, Ketua Penolong Pengarah (Penajaan), En. Md. Lizan Md. Nong, Penolong Pengarah Kanan (Penajaan), YM. Tengku Hazleen Tengku Abdul Aziz, Penolong Pengarah (Tajaan Dalam Negara) dan Pn. Rozaida Abdul Ghani, Ketua Pembantu Tadbir (Penajaan).
    ย 
    Satu sesi perbincangan telah diadakan di Dewan Senat UniSHAMS dan telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor. Turut hadir pada sesi perbincangan tersebut adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan, Pengarah Pusat Pengajian Asasi, Pengarah Canselori, Pengarah Bahagian Pemasaran & Promosi serta pegawai UniSHAMS.
    ย 
    Delegasi seterusnya mengadakan lawatan ke Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan dan mengadakan pertemuan bersama 13 orang pelajar di bawah tajaan Yayasan Terengganu yang kini sedang dalam tempoh pengajian di UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom