Skip to main content

UniSHAMS METERAI MOU ANTARABANGSA SECARA ATAS TALIAN

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL - Lanjutan dari Pandemik COVID -19 dan pengamalan Norma Baharu, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antarabangsa secara atas talian. Majlis anjuran Pusat Sepanjang Hayat & Pengantarabangsaan (PSHA) ini telah berlansung pada 16 Disember 2020 di antara UniSHAMS dan Universitas Nahdlatul Ulama Sunangiri (UNUGIRI), Bojonegoro dan Institut Agama Islam (IAI) Al Hikmah, Tuban dari Indonesia.

    MoU ini juga adalah satu jaringan kerjasama yang dibina bagi tujuan mempertingkatkan pembangunan dan kerjasama dalam bidang akademik, serta mempromosikan UniSHAMS. Majlis menandatangani MoU ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Encik Mohd Shahid Azim Mohd Saufi, Pengarah Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat & Pengantarabangsaan sebagai wakil pihak UniSHAMS bersama wakil dari Universitas Nahdlatul Ulama Sunangiri (UNUGIRI) Bojonegoro, Indonesia iaitu Yang Berbahagia Dr Haji Muhammad Ridzuan Hambali, Rektor UNUGIRI dan Dr Nurul Huda, Timbalan Rektor I UNUGIRI, serta wakil dari Institut Agama Islam Al Hikmah (IAI) Al-Hikmah Tuban, Indonesia iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Nuratun Mumtahanah, Rektor IAI dan Puan Laili Hidayati, Timbalan Rektor I IAI.

    Majlis julung kalinya diadakan secara atas talian ini turut dijayakan bersama Jabatan Seni Kreatif, Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif, Bahagian Teknologi Maklumat serta Bahagian Pemasaran, Jaringan Industri & Komuniti (BPJIK).

    Sustaining Knowledge Through Wisdom