Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH MPM TAHUN 2022

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL, 12 Januari 2022 - Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bagi sesi 2021/2022 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima watikah pelantikan dalam satu majlis penyerahan watikah yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof Dr.Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.

    Seramai 2,162 orang mahasiswa/wi UniSHAMS telah keluar untuk membuang undi pada Pilihanraya Kampus (PRK) yang telah diadakan pada 3 hingga 4 Januari 2022. Keputusan PRK kali ini telah menyaksikan seramai 26 anggota Exco MPM bagi sesi 2021/2022 telah dipilih. Presiden baru MPM UniSHAMS, iaitu saudara Muhammad Syafiq Bin Soleh telah melafazkan ikrar di hadapan Naib Canselor UniSHAMS dan disaksikan oleh Ahli Pengurusan Tertinggi UniSHAMS dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

    Warga UniSHAMS menaruh keyakinan terhadap keupayaan barisan kepimpinan MPM yang baru dilantik untuk terus memartabatkan suara mahasiswa melalui amalan demokrasi yang bersih, cekap dan amanah, serta terus mengharumkan nama UniSHAMS di persada industri pendidikan tinggi negara. Selain itu, MPM juga diharapkan dapat menjadi perantara yang berkesan di anatara pihak pelajar dan pengurusan UniSHAMS serta memainkan peranan sebaiknya dengan meningkatkan kemahiran insaniah yang tinggi.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom