Skip to main content

PROGRAM SANTAI BULANAN: BERJALAN KAKI 6000 LANGKAH UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL, 24 Januari 2022 – Program “Santai Bulanan: Berjalan Kaki 6000 Langkah UniSHAMS” anjuran Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Badan Kebajikan Staf dan Pusat Sukan telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Januari 2022. Program yang diadakan ini telah berlangsung di Lobi Utama, Bangunan Canselori UniSHAMS bermula jam 8:30 pagi.

    Program bulanan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan dan memperkasakan hubungan silaturrahim serta memupuk budaya kerja cergas dan sihat dalam kalangan warga UniSHAMS. Perasmian program ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.

    Majlis turut disusuli dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada 50 peserta terawal yang berjaya menghabiskan larian. Peserta telah dilepaskan dari tempat parking Bangunan Canselori mengelilingi seluruh kawasan UniSHAMS dan turut disertai oleh Yang Berbahagia Naib Canselor dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom