Skip to main content

Mesyuarat Pembukaan Audit (Audit ISO 21001: 2018 SPOP/EOMS, Peringkat Pertama)

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Mesyuarat Pembukaan (Entrance Meeting) bagi Audit ISO 21001:2018 SPOP/EOMS, Peringkat Pertama telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS). Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain yang mewakili Naib Canselor UniSHAMS.
    ย 
    Sementara itu, Ketua Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Pn. Maznah Mat Isa telah memberikan penerangan berkaitan proses-proses pengauditan dan semakan dokumen yang akan dilaksanakan bermula pada 20 hingga 21 September 2023 dan akan dibantu oleh Sekretariat iaitu Pusat Jaminan Kualiti, UniSHAMS.
    ย 
    Mesyuarat Pembukaan Audit ini turut dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom