Skip to main content

MESYUARAT POST MORTEM ISTIADAT KONVOKESYEN UniSHAMS KE – 21

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – Mesyuarat Post Mortem Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Ke – 21 telah diadakan pada 08 Oktober 2019 bertemapt di Dewan Senat, Aras 2 Bangunan Canselori, UniSHAMS.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang. Berbahagia Dato’ Paduka Ammar Bin Dato' Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerjaan Negeri Kedah Darul Aman yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan Lembaga Pengelola Universiti, UniSHAMS. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Yang Berbahagia. Dato' Haji Syed Shaharuddin Bin Syed Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), wakil Pejabat KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Pejabat YAB Menteri Besar Kedah, Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis, wakil Majlis Perbandaran Sungai Petani, wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, wakil Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, wakil Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd (SADA) Baling serta lain-lain agensi yang terlibat.

    Pihak pengurusan UniSHAMS amat berbesar hati menerima kunjungan teguran dan cadangan YB Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman untuk tujuan penambahbaik[widgetkit id="165" name="galeri_berita_Mesyurt Post Mortem Konvokesyen 21"]an pengurusan majlis dan istiadat akan datang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan