MAJLIS TAUSIYAH “PENDIRIAN MUSLIM DALAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA”
| PRO UniSHAMS | Berita
KUALA KETIL – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought (IIIT) telah menganjurkan Majlis Tausiyah bersama Syeikh Dr. Mustafa Deib Al-Bugha, salah seorang penyusun kitab al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i.
Majlis telah diadakan di Dewan solat Utama, Surau Al-Insaniyyah, UniSHAMS pada 30 Oktober 2019. Turut hadir di majlis tersebut Naib Canselor dan ahli pengurusan UniSHAMS. Syeikh Dr. Mustafa Deib Al-Bugha menyampaikan syarahannya dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Dr. Saad Gomaa Gomaa Zaghloul, Timbalan Dekan Kulliyyah Syariah dan Undang-undang. Majlis Tausiyah ini turut dihadiri oleh mahasiswa/wi dan kakitangan UniSHAMS.