Skip to main content

WEBINAR ANTARABANGSA: “PENGALAMAN DAN ASPIRASI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR BUKAN PENUTUR JATI”

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 22 Mac 2021 - Program Webinar Antarabangsa “Pengalaman Dan Aspirasi Institusi Pengajian Tinggi Dalam Pengajaran Bahasa Arab Untuk Pelajar Bukan Penutur Jati” telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian melalui Aplikasi Zoom.

    Webinar ini merupakan anjuran bersama Kumpulan Penyelidikan Bahasa Arab dan Peradaban, Kluster Warisan Islam dan Pengajian Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dengan kerjasama Fakulti Bahasa, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)

    Webinar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS. Seramai enam orang pembentang yang terdiri daripada pensyarah institusi dan salah seorang daripadanya adalah pensyarah Kulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMS telah membentangkan kertas kajian masing-masing.

    Program julung kalinya dianjurkan oleh kumpulan penyelidikan ini telah berjaya menarik minat lebih 250 orang peserta. Webinar ini turut disiarkan secara langsung di Facebook dan berjaya meraih lebih 1,000 tontonan.

    Webinar kali ini berakhir dengan ucapan penutupan oleh Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MEDIU.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan