Skip to main content

Majlis Pelancaran ‘Go Green’ UniSHAMS 2022

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 7 September 2022 - Naib Canselor hadir merasmikan program Go Green UniSHAMS 2022 anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UniSHAMS di Dewan Tuanku Permaisuri Hajjah Haminah (DTPHH). Mengiringi Naib Canselor ialah Dr. Rohani Binti Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

    Naib Canselor dalam ucapan beliau memberikan penekanan supaya UniSHAMS bukan sahaja sebagai gedung ilmu kepada para pelajar, malah sebagai satu tempat dalam membina sahsiah kepada para pelajar untuk menjadi insan yang mempunyai nilai sivik yang tinggi. Sebagai mahasiwa/wi UniSHAMS, penjagaan alam sekitar dengan pelbagai program atau kempen daripada kerajaan, agensi kerajaan mahupun swasta perlu diberikan kerjasama yang baik oleh semua masyarakat.

    Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Puan Azhana binti Che Ghazali, Ketua Penolong Pengarah SWCorp, Encik Mohd Fikri bin Azizan, wakil daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

    Naib Canselor juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi yang memberikan kerjasama kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) seperti SWCorp, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Jabatan Alam Sekitar. Program tamat pada pukul 12.00 tengahari.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom