Skip to main content

UniSHAMS Raih Kejayaan Cemerlang Pada Intervarsity Medical Olympiad (IVMO) 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) telah berjaya meraih kejayaan cemerlang dengan meraih tempat pertama dan kedua pada Intervarsity Medical Olympiad (IVMO) 2024 yang telah berlangsung pada 29 Jun 2024, bertempat di Fakulti Perubatan, UiTM Sungai Buloh. Seramai 8 orang pelajar dari Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan (KPSK) UniSHAMS telah menyertai pertandingan anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF), Fakulti Perubatan UiTM, dan Asian Medical Studentsโ€™ Association (AMSA) UiTM.
    ย 
    Program ini merupakan pertama kali diadakan secara bersemuka selepas tiga tahun penganjuran secara maya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Akademik UiTM Sungai Buloh, Prof Madya Dr. Hazlyana Baharudin. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu perseorangan dan berkumpulan, meliputi bidang pra-klinikal seperti Anatomi, Fisiologi, Biokimia, Farmakologi, Patologi, Mikrobiologi & Parasitologi. Format pertandingan termasuk soalan "Multiple Choice Question (MCQ)", "Best Answer Question (BAQ)" dan "Objective Structured Practical Exam (OSPE)".
    ย 
    Pelajar UniSHAMS telah berjaya memenangi Tempat Pertama menerusi Pasukan UniSHAMS A yang dianggotai oleh Nur Auni Batrisyia Mohd Asyraf, Nurul Atina Mohd Aris, Amny Mardhiah Anuar dan Nur Faliha Binti Mohamed Fareed. Manakala Tempat Kedua diraih menerusi Pasukan UniSHAMS B yang dianggotai oleh Muhammad Aiman Ragzali, Umairah Husna Ilas, Syahirah Amirah Rosdi dan Mohamad Khairul Zaki. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa dan cukup membanggakan, apabila wakil UniSHAMS berjaya mengungguli pasukan ternama lain daripada IPTA dan IPTS seperti UKM, UPM, UPNM, UM, IMU, UITM, dan Widad University College.
    ย 
    Program berakhir sekitar jam 5 petang dengan pengumuman pemenang dan penyerahan hadiah kepada pasukan yang berjaya. Penyertaan pelajar UniSHAMS pada IVMO 2024, di bawah pemantauan Dr Normaizatul Afizah Ismail, Timbalan Dekan Pra Klinikal KPSK, telah memberikan pengalaman berharga dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar, serta mempersiapkan diri untuk melangkah dengan lebih yakin dalam bidang perubatan.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom