Skip to main content

Kunjungan Hormat Association of Education Cultural International (AECI) Krabi, Thailand

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Association of Education Cultural International (AECI) daripada Krabi, Thailand.
    ย 
    Deligasi diketuai oleh Baba Kamean Luklem, Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Krabi, tiba di Lobi Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, bersama-sama En. Takeem Kundee, Pengerusi AECI, serta wakil guru Pondok Ekkapap, Krabi, Thailand.
    ย 
    Satu sesi perbincangan telah diadakan dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor. Perbincangan tersebut menjurus kepada usaha kedua belah pihak dalam mewujudkan jaringan kerjasama strategik bagi tujuan pembangunan pendidikan serantau.
    ย 
    Hadir bersama pada sesi perbincangan tersebut adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan, Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS. Delegasi turut berkesempatan meluangkan masa untuk meninjau Galeri Tuanku Canselor.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom