Skip to main content

UniSHAMS Terima Sumbangan Koleksi Lounge Suite Mantan SUK Negeri Kedah Darul Aman Untuk Kegunaan Mahasiswa

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟱 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗶 - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa berbesar hati menerima sumbangan koleksi Lounge Suite daripada Yang Berbahagia Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, yang juga merupakan mantan Ahli Lembaga Pengarah UniSHAMS di kediaman beliau hari ini.
     
    Sumbangan koleksi ini akan diuruskan oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar dan disalurkan kepada mahasiswa UniSHAMS yang memerlukan. Hadir bersama pada sesi penyerahan ini adalah Pendaftar, Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar dan beberapa orang pegawai UniSHAMS.
     
    Warga UniSHAMS merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim atas keperihatinan dan sumbangan yang disalurkan untuk kemaslahatan mahasiswa UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom