Skip to main content

Program Daurah & Pengijazahan Sanad Hadis 40 Imam An-Nawawi

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฏ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) hari ini berbesar hati menerima kunjungan Yang Berbahagia Syeikh Dr. Ahmad Muhammad Syibl yang merupakan Pensyarah Ilmu Hadis daripada Universiti Al-Azhar Mesir, sempena rangka lawatan beliau ke negeri Kedah Darul Aman.
    ย 
    Lanjutan dari itu, Program Daurah & Pengijazahan Sanad Hadis 40 Imam An-Nawawi telah diadakan di Dewan Eksperimen UniSHAMS, pagi ini. Hampir 300 peserta yang terdiri dari kalangan staf dan mahasiswa/wi UniSHAMS hadir menjayakan program tersebut.
    ย 
    Dr. Akli Ahmad, Dekan Kulliyyah Syariah & Undang-Undang menyampaikan ucapan serta mengalukan kehadiran para tetamu dan peserta program. Daurah Hadis 40 Imam An-Nawawi berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan pengijazahan sanad oleh Syeikh Dr. Ahmad kepada para peserta.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom