Skip to main content

Program "Sawadee UniSHAMS"

| PRO UniSHAMS | Berita

    𝟴 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan delegasi antarabangsa daripada Pondok Moden Rasmianusorn, Wilayah Songkhla, Al-Quran Institute Thailand, dan Sekolah Sasnasuksa, Wilayah Pattani, Thailand.

    Delegasi seramai hampir 50 orang terdiri daripada wakil pengurusan iaitu Ustazah Wanida Heemphinit, Pengurus Pondok Moden Rasmianusorn, Mr. Fauzi Langputeh, Pengarah Al-Quran Institute Thailand, Mr. Ibrauheem Wongsangiam, Ketua Pentadbir Hal Ehwal Akademik Al-Quran Institute Thailand, Dr. Marwan Hayeemaming, Ketua Jabatan Akademik, Sekolah Sasnasuksa, dan para pelajar telah mengikuti program “Sawadee UniSHAMS” yang dijayakan bersama oleh Bahagian Pemasaran & Promosi dan wakil mahasiswa Thailand di UniSHAMS (TSISH).
     
    Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS. Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Pengarah Bahagian Pemasaran & Promosi, Penyelaras Promosi, Pensyarah dan staf UniSHAMS.
     
    Delegasi turut disajikan dengan pengisian program seperti taklimat penawaran program, sesi motivasi serta lawatan sekitar kampus, yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keunikan pengajian di UniSHAMS.
     

    Sustaining Knowledge Through Wisdom