Skip to main content

UniSHAMS Terima Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baharu Program Asasi Sesi Jun 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) menyambut kehadiran pelajar baharu yang mendaftar masuk bagi program Asasi, Sesi Jun 2024. Sesi pendaftaran berjalan dengan jayanya di Dewan Eksperimen sejak awal pagi ini, dan para pelajar telah melalui beberapa proses saringan di kaunter yang disediakan pihak UniSHAMS, sebelum mendaftar masuk ke kediaman pelajar.
    ย 
    Sesi taklimat bersama waris, kemudiannya diadakan pada jam 11:00 pagi dan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang menjalankan tugas Naib Canselor.
    ย 
    Turut hadir menjayakan sesi taklimat tersebut adalah Dr Rohani Desa (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus (Pengarah Pusat Hubungan & Kolaborasi Antarabangsa, menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri), Cik Nur Farhana Mat Dali (Pengarah Pusat Pengajian Asasi), Tn. Hj. Mohd Marwan Mohd Salleh (Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar), En. Mohd Nurulhisham Mustapa (Pengarah Pusat Pengurusan Akademik), Pn. Faridah Isa Binawe (Pengetua Kolej Kediaman), Pn. Fuzaini Mohamad (Penolong Bendahari) serta pegawai UniSHAMS.
    ย 
    Warga UniSHAMS mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada para pelajar yang telah berjaya mendaftarkan diri. Terima kasih kerana menjadikan UniSHAMS destinasi pengajian pilihan anda.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom