Skip to main content

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Naib Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟯𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Satu majlis ringkas penyerahan Nota Serah Tugas Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Naib Canselor, petang ini.
     
    Pada majlis tersebut, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim telah menyempurnakan Nota Serah Tugas kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain yang bakal menjalankan tugas Naib Canselor bermula 1 Februari 2024 sehingga jawatan tersebut diisi. Majlis penyerahan ini turut disaksikan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE) UniSHAMS.
     
    Para Ahli JPE, Dekan, Pengarah dan warga Pejabat Naib Canselor kemudiannya memberikan penghormatan terakhir dan mengiringi kepulangan Naib Canselor.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom