Skip to main content

UniSHAMS Terima Sumbangan Terkumpul RM20,000 Untuk Penganjuran Kejohanan SUPTIM Ke-20 Tahun 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—น๐—ถ๐—บ - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) amat berbesar hati menerima sumbangan terkumpul berjumlah RM20,000 untuk penganjuran Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Ke-20 yang bakal membuka tirai bermula pada 11 hingga 14 Februari 2024.
    ย 
    Wakil UniSHAMS iaitu YM. Raja Zulkhairil Ikram Raja Adzhar, Pegawai Belia dan Sukan hadir pada majlis penyerahan sumbangan yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah & Tanah Kulim pagi ini.
    ย 
    Pada majlis tersebut, YBrs. Tn Haji Mohd Zaini Haji Ramli, Pegawai Daerah Kulim telah menyampaikan sumbangan Pejabat Daerah & Tanah Kulim, serta menyaksikan penyampaian sumbangan seterusnya oleh Majlis Perbandaran Kulim dan 1st Resources Sdn. Bhd. kepada wakil UniSHAMS.
    ย 
    UniSHAMS amat bertuah kerana mendapat komitmen dan sokongan yang tinggi daripada agensi luar, dalam usaha untuk memastikan pelaksanaan Kejohanan SUPTIM Ke-20 berjalan dengan sebaiknya. Kali terakhir UniSHAMS menjadi Tuan Rumah Kejohanan SUPTIM adalah pada tahun 2006, iaitu hampir 18 tahun yang lalu.
    ย 
    Pihak UniSHAMS masih mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Swasta dan Korporat untuk tampil membantu bagi memberikan sokongan dalam menjayakan penganjuran Kejohanan SUPTIM Ke-20, yang melibatkan penyertaan lebih 758 orang atlit dan pegawai dari kalangan 13 buah IPT Islam yang bertanding.
    ย 
    Pihak UniSHAMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Daerah & Tanah Kulim, Majlis Perbandaran Kulim dan 1st Resources Sdn. Bhd. serta mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati dan memberikan ganjaran yang berganda kepada semua pihak yang tampil dalam memberikan sumbangan.