Skip to main content

Ulang Tahun Ke-11 Kampus UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Tanggal 29 Januari 2013 menjadi detik sejarah apabila kampus Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) telah dirasmikan oleh Sultan Negeri Kedah Darul Aman ketika itu, iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Istiadat Khas & Perasmian Kampus Induk KUIN yang telah berlangsung dengan penuh kemeriahan.
    ย 
    Seterusnya, lima tahun berselang, KUIN kemudiannya menerima kelulusan naik taraf daripada Kemeterian Pengajian Tinggi (KPT) dan mula dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS).
    ย 
    Semoga UniSHAMS akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT, serta terus diperkasakan menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam yang tersohor di seantero dunia, dan menjadi kebanggaan negeri Kedah Darul Aman.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom