Skip to main content

Kunjungan Hormat Universitas Mercu Buana, Indonesia Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Mercu Buana (UMB), Jakarta Barat, Indonesia, petang ini.
    ย 
    Delegasi yang diketuai oleh Dekan Fakultas Psikologi, iaitu Puan Laila Meiliyandrie Indah Wardani, hadir bersama Dekan Fakultas Desain & Senia Kreatif, Dr Agus Budi Setyawan serta empat orang pegawai dan seorang pelajar.
    ย 
    Satu sesi perbincangan telah diadakan di Dewan Senat UniSHAMS dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain. Turut hadir dalam pertemuan ini adalah wakil Pengurusan Tertinggi, Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah dan pegawai UniSHAMS.
    ย 
    Rangka lawatan ini antaranya bagi membincangkan berkenaan peluang-peluang kerjasama serta kolaborasi akademik di antara UMB dan UniSHAMS dalam bidang seperti Kaunseling, Psikologi, Kewangan Islam, Sains Pengurusan, Seni Reka Grafik, Multimedia, dan Teknologi Maklumat. Kolaborasi dalam bidang penyelidikan dan penerbitan, serta cadangan program pertukaran pelajar dan tenaga pengaja turut dibincangkan.