Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi BDB Synergy Sdn. Bhd. Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟱 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim mempengerusikan sesi perbincangan bersama pihak BDB Synergy Sdn. Bhd. sempena kunjungan hormat petang ini. Delegasi ini diketuai oleh Pengarah Eksekutif iaitu Tn. Tahir Md Zin yang hadir bersama tiga orang pegawai iaitu Sr. Yusuf Hashim, Ir. Asnizam Ahmad dan En. Safrizuan Saad.
     
    Sesi perbincangan ini menjurus kepada perkongsian beberapa cadangan pembangunan masa hadapan. Turut hadir pada sesi perbincangan tersebut adalah barisan Pengurusan Tertinggi dan Pegawai UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom