Skip to main content

Lawatan Kampus UniSHAMS Oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟱 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Satu sesi lawatan kampus UniSHAMS oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan hari ini. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim bersama Pengurusan Tertinggi, Pengarah dan Pegawai UniSHAMS telah mengiringi Yang Berhormat Dato’ untuk membuat tinjauan sekitar kampus serta melawat beberapa kawasan seperti Kolej Kediaman Ibnu Sina, tapak cadangan pembinaan Asrama baharu pelajar dan tapak cadangan pembinaan Townhouse.
     
    Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Bendahari Negeri, iaitu Tn. Abdul Majid Salleh dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Tn. Amrul Hidayat Shahbudin.
     
    Sesi lawatan ini diadakan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan & Pembangunan UniSHAMS yang telah berlangsung pada sebelah pagi dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom