Skip to main content

International Symposium On Management And Islamic Finance Sempena Kunjungan Hormat Delegasi Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Ganesha, Indonesia

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Ganesha, Indonesia. Ini merupakan kunjungan kali kedua daripada institusi berkenaan sejak tahun 2011 yang lalu.
     
    Delegasi seramai 38 orang terdiri daripada kumpulan pentadbir dan para penuntut tiba di Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak seawal jam 9:00 pagi. Delegasi berkesempatan untuk melawat Galeri Tuanku Canselor sebelum dibawa ke Dewan Serbaguna untuk sesi pengenalan UniSHAMS.
     
    Yang Berusaha Dr Asnani Bahari, Dekan Kulliyyah Kewangan Islam, Sains Pengurusan & Hospitaliti (KWISH) dalam ucapannya, mengalu-alukan kehadiran para delegasi dan mengharapkan terjalinnya lebih banyak kerjasama di antara kedua-dua agensi di masa hadapan.
     
    Kunjungan kali ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara kedua institusi, selain penyertaan dalam “International Symposium On Management And Islamic Finance” anjuran pihak KWISH.
     
    Seramai enam orang pembentang telah membentangkan kertas kerja masing-masing dan mereka terdiri daripada empat orang pensyarah STIE Ganesha dan dua orang pensyarah UniSHAMS. Turut hadir adalah barisan pensyarah KWISH dan pegawai UniSHAMS.