Skip to main content

Majlis Apresiasi Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2022/2023

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 – Pusat Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Majlis Apresiasi Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Sesi 2022/2023 yang diadakan di Bilik Serbaguna, Bangunan Canselori pagi ini.
     
    Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, serta Dr. Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni.
     
    Majlis Apresiasi ini bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan barisan mantan MPM bagi sesi 2022/2023 yang telah menjalankan amanah serta tanggungjawab dengan sebaiknya.
     
    Biar Jasa Jadi Kenangan.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom