Skip to main content

Majlis 'Hi-Tea' Sempena Penghargaan Pensijilan ISO 21001:2018 EOMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Pusat Jaminan Kualiti telah menganjurkan Majlis โ€˜Hi-Teaโ€™ sempena penghargaan pensijilan ISO 21001:2018 EOMS. Majlis yang diadakan di Bilik Santapan, Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE), Dekan Kulliyyah, Juruaudit dalaman SIRIM serta pegawai UniSHAMS.
    ย 
    Majlis bermula pada jam 2:45 petang dengan ucapan aluan oleh Y.Brs Puan Hadijah Johari, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti selaku tuan rumah bagi majlis tersebut. Majlis kemudiannya disusuli ucapan Y.Bhg Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor yang merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan pensijilan ISO.
    ย 
    Selesai ucapan, Y.Bhg Naib Canselor turut menyampaikan sijil penghargaan kepada KPB, auditor serta pihak yang telah terlibat secara langsung sepanjang proses audit dijalankan.