Skip to main content

International Conference On Spiritual Approach For Helping Profession 2023

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟵 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Kulliyyah Kaunseling & Sains Sosial (KAUSAS) dengan kerjasama Pusat Hubungan & Kolaborasi Antarabangsa (CIRC) dan Pusat Penyelidikan & Perkhidmatan Kaunseling (CCRS) telah menganjurkan ‘Internatonal Conference on Spriritual Approach for Helping Profession 2023’, bertempat di Bilik Seminar KAUSAS, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
     
    Seminar antarabangsa ini turut menampilkan enam orang Penyampai Ucaptama daripada empat buah negara iaitu Prof. Dr. Adi Fahrudin (Indonesia), Prof. Dr. Bagian Aleyssa (Filipina), Prof. Madya Dr. Kana Matsou (Jepun) dan tiga wakil dari Malaysia iaitu Prof. Dr. Mohd Dahlan (UMS), Prof. Dr. Huzili Hussin (UniMAP) dan Prof. Madya Dr. Fatahyah Yahya (UniSHAMS). Selain itu, lebih 22 Pembentang Kertas Kerja telah membuat pembentangan masing-masing dalam tiga Sidang Selari yang berlangsung di Bangunan KAUSAS, serta melibatkan hampir 100 orang peserta. Majlis perasmian penutup seminar antarabangsa ini telah disempurnakan oleh Dekan KAUSAS, Yang Berusaha En. Mohammad Aizad Mohammad Bokhari yang mewakili Naib Canselor.
     
    Usai majlis perasmian penutup, Dekan KAUSAS dan Pengarah CIRC turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UniSHAMS dan Universitas Bhayangkara Jakarta Raya (UBAHARA JAYA), Jakarta Selatan, Indonesia.
     
    Kejayaan penganjuran seminar antarabangsa ini dilhat mampu memberikan pendedahan secara langsung terhadap kompetensi kaunseling melalui perspektif yang berbeza dan daripada kompilasi idea pembentang-pembentang antarabangsa.