Skip to main content

UniSHAMS Raih Kejayaan Lepasi Audit Pensijilan ISO 21001:2018 Educational Organization Management System (EOMS) Peringkat Kedua

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ก๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น โ€“ Mesyuarat Penutup Lawatan Audit Pensijilan ISO 21001:2018 Educations Organizations Management Systems (EOMS) Peringkat Kedua yang berlangsung di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) telah melakarkan lembaran sejarah baharu, apabila syor pensijilan telah diumumkan oleh Ketua Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Pn. Maznah Mat Isa pada petang ini.
    ย 
    Pada mesyuarat tersebut, Pn. Maznah dan En. Mohamad Hamidi Yusof, Juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah membentangkan laporan penemuan audit sepanjang tempoh berlangsungnya pengauditan selama empat hari, bermula pada 19 hingga 22 November 2023. Pn. Maznah turut mengulas bahawa, UniSHAMS telah berjaya mengenal pasti tindakan kawalan risiko dan peluang dalam setiap proses yang terlibat di dalam pelaksanaan EOMS.
    ย 
    Ujar beliau lagi, keberkesanan tindakan kawalan risiko dan peluang tersebut diukur berdasarkan pencapaian prestasi proses yang diselaraskan dengan pencapaian KPI dari Pelan Strategik UniSHAMS 2021-2035 yang meliputi lima tonggak utama, terdiri daripada Tonggak: Kecemerlangan Akademik; Kecemerlangan Pelajar; Kelestarian Kewangan; Kelestarian Institusi; dan Tadbir Urus. Ianya meliputi 19 Teras Strategi, 56 Strategi dan 127 Inisiatif.
    ย 
    Secara keseluruhannya, pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah merumuskan bahawa, pelaksanaan EOMS di UniSHAMS adalah baik dan memuaskan serta memenuhi Standard ISO 21001:2018. Walau bagaimanapun, ianya masih boleh ditambahbaik berdasarkan laporan penambahbaikan OFI yang dikeluarkan.
    ย 
    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa yang mewakili Naib Canselor, dalam ucapan beliau, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd., pihak Sekretariat yang terdiri daripada Pusat Jaminan Kualiti dan 16 Juruaudit Dalam yang telah dilantik, serta Dekan-Dekan Kulliyyah, Pengarah-Pengarah Pusat, Pegawai dan seluruh warga UniSHAMS yang terlibat secara langsung atau di belakang tabir di atas komitmen, kegigihan dan kerjasama yang terbaik diberikan dalam menjayakan pelaksanaan pengauditan ini.
    ย 
    UniSHAMS dijangka akan menerima Sijil Perakuan Pensijilan ISO 21001:2018 Educations Organizations Management Systems (EOMS) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd., yang meliputi skop pemberian perkhidmatan pendidikan pada peringkat Asasi, Prasiswazah, Pascasiswazah dan Perkhidmatan Sokongan. Kejayaan ini diharapkan dapat memperkasakan lagi urus tadbir dan kualiti pengurusan perkhidmatan, seterusnya memartabatkan UniSHAMS sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang kekal relevan dan berdaya saing.
    ย 
    Syabas dan tahniah diucapkan! Moga UniSHAMS terus gemilang.