Skip to main content

Karnival Awesome D' UniSHAMS 2.0 Cetus Fenomena Kemeriahan Di Kuala Ketil

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ก๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) melabuhkan tirai penganjuran Karnival Awesome D'UniSHAMS 2.0 yang telah berlangsung pada 18 hingga 19 November 2023. Karnival yang menjadi acara tahunan ini merangkumi kombinasi tiga acara utama iaitu Kejohanan Regatta Perahu Naga; Karnival Kerjaya; dan Fiesta Usahawan. Karnival anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Kedah Tourism, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, PERKESO, Bank Rakyat, Bank Islam dan beberapa agensi berkaitan.
    ย 
    ๐™†๐™€๐™…๐™Š๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™๐™€๐™‚๐˜ผ๐™๐™๐˜ผ ๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™ ๐™‰๐˜ผ๐™‚๐˜ผ: ๐™๐™–๐™ ๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ ๐™จ๐™ž ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™ช๐™ ๐™™๐™š๐™—๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ
    Kejohanan Regatta Perahu Naga telah disajikan dengan aksi hebat lebih 14 buah pasukan bertanding dalam 2 kategori utama iaitu Kategori IPT & Kategori Terbuka Premier. Para pendayung dan pasukan bertanding telah bersaing dengan semangat juang yang tinggi dalam usaha untuk menjuari kejohanan. Kawasan tasik UniSHAMS dibanjiri penonton dari kalangan peserta, pelajar dan penduduk setempat yang turut merebut kesempatan untuk memeriahkan acara sukan air kali ini. Pasukan Johor Racing Team (JRT) berjaya mendominasi dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan apabila muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 bagi Kategori IPT dan RM2,500 bagi Kategori Terbuka Premier, beserta pingat dan sijil penyertaan. Pasukan tuan rumah, UniSHAMS Dragon Boat Club (UDBC) sekadar berpuas hati di tempat yang ketiga.
    ย 
    ๐™†๐˜ผ๐™๐™‰๐™„๐™‘๐˜ผ๐™‡ ๐™†๐™€๐™๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ: ๐™‹๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™ช ๐™ ๐™š ๐™™๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™–๐™–๐™ฃ
    Karnival Kerjaya dengan kerjasama My Future Job, PERKESO membawa lebih 20 majikan yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan program latihan kepada pelajar dan graduan. Sesi temu duga, bengkel kemahiran, dan perbincangan kerjaya memberikan pandangan mendalam tentang keperluan industri kepada bakal graduan, sambil menjalinkan hubungan yang bermakna dengan pihak industri.
    ย 
    ๐™๐™„๐™€๐™Ž๐™๐˜ผ ๐™๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™‰: ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™ข๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฉ ๐™ ๐™š๐™ช๐™จ๐™–๐™๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ
    Fiesta Usahawan menjadi pusat daya tarikan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan yang dipamerkan oleh usahawan siswa dan luar. Pengunjung dapat menikmati pelbagai produk berkualiti sambil merasai semangat keusahawanan yang berkobar-kobar di sekitar Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah. Selain itu, acara-acara menarik seperti sembang santai bersama usahawan alumni, pertandingan teh tarik, FUUH sales challange dan pertandingan mewarna turut diadakan.
    ย 
    Majlis Perasmian Penutup Karnival Awesome D'UniSHAMS 2.0 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr Haim Hilman Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi. Yang Berhormat dalam ucapan beliau yang penuh inspirasi, turut menyatakan rasa kagum terhadap kejayaan penganjuran dan sokongan komuniti dalam menjayakan karnival kali ini. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para peserta yang bertanding pada Kejohanan Regatta Perahu Naga.
    ย 
    Terdahulu, Naib Canselor UniSHAMS, Prof Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim dalam ucapannya menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan penganjuran Karnival Awesome D'UniSHAMS 2.0. Kejayaan penganjuran ini juga telah membuktikan bahawa, UniSHAMS bukan sahaja sebuah universiti, tetapi sebuah komuniti yang berkongsi semangat kebersamaan, inovasi, dan keusahawanan. Selain itu, beliau berharap agar kesan positif dan pengalaman yang diperoleh oleh pelajar dan komuniti setempat akan menjadi pemangkin bagi pencapaian yang lebih besar di masa hadapan. Karnival Awesome D'UniSHAMS 2.0 telah mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan dan memberi inspirasi kepada semua untuk terus mencapai kecemerlangan. Beliau turut berharap agar penganjuran karnival ini akan dapat terus dilaksanakan untuk tahun-tahun yang mendatang.
    ย 
    Sempena karnival ini juga, terdapat beberapa acara lain dijalankan yang turut menarik minat penonton seperti Kejohanan Petanque Tertutup UniSHAMS, Festival Usuluddin, persembahan Silat Pahlawan Kedah, acara berkuda, acara memanah dan lain-lain lagi.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom