Skip to main content

Majlis Watikah Pelantikan Ketua Pentadbiran UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟯𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Majlis Watikah Pelantikan Ketua Pentadbiran, anjuran Unit Perjawatan, Pejabat Pendaftar telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Eksperimen, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) bermula jam 2:30 petang.
     
    Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Asmadi Mohamed Naim. Seramai 84 orang kakitangan akademik dan pentadbiran telah menerima watikah pelantikan iaitu; Penasihat Undang-Undang, Dekan Kulliyyah & Pengarah KPB, Timbalan Dekan Kulliyyah & Timbalan Pengarah KPB, Penyelaras-Penyelaras Program dan Pegawai Tadbir Kulliyyah (N41).
     
    Terdahulu, Naib Canselor dalam ucapan beliau telah memaklumkan berkenaan pelaksanaan penstrukturan baharu Kulliyyah yang akan berkuatkuasa pada 1 November 2023. Beliau turut menyeru semua kakitangan UniSHAMS agar dapat bersatu hati dan berpadu tenaga dalam usaha untuk merealisasikan misi dan visi UniSHAMS, ke arah menjadi sebuah universiti bertaraf ‘global'.
     
    Turut hadir pada majlis ini adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, kakitangan akademik dan pentadbiran UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom