Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Uin Mahmud Yunus Batusangkar Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น -Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Islam Negeri Mahmud Yunus Batusangkar, Sumatera Barat, Indonesia, pagi ini.
    ย 
    Deligasi UIN Mahmud Yunus Batusangkar diketuai oleh Pengarah Pasca Siswazah iaitu Dr. Ardimen tiba di Lobi Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, bersama-sama Ketua Program Pasca Siswazah, iaitu Dr. Demina dan Dr. Silvianetri serta pensyarah dan mahasiswa. Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Tuanku Canselor.
    ย 
    Satu sesi perbincangan berkaitan peluang-peluang jaringan kerjasama akademik di antara kedua institusi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, UniSHAMS. Yang Berusaha Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, mewakili Naib Canselor UniSHAMS telah mempengerusikan sesi perbincangan tersebut, yang turut dihadiri oleh Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom