Skip to main content

Kunjungan Hormat Naib Canselor UniSHAMS Ke Atas Pengerusi MARA

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 - Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yang Berbahagia Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, petang ini.
     
    Pertemuan dua sahabat seperjuangan dalam bidang Kewangan Islam ini, merupakan lanjutan kepada siri kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran, MARA yang telah diadakan semalam.
     
    UniSHAMS yang telah menerima penarafan SETARA 2022 sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang "Berdaya Saing", berharap untuk mendapatkan penajaan pihak MARA bagi program-program yang ditawarkan, selain dari program perubatan (MBBS).

    Sustaining Knowledge Through Wisdom