Skip to main content

Kunjungan Hormat UniSHAMS Ke Bahagian Penganjuran Pelajaran, MARA

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ - Naib Canselor, Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim mengetuai delegasi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) pada sesi kunjungan hormat ke Bahagian Penganjuran Pelajaran, Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang telah berlangsung pagi ini.
    Pertemuan bersama Pengarahnya iaitu Puan Siti Aminah Abdul Kadir, turut diadakan bagi membincangkan beberapa perkara, terutamanya berkaitan penyenaraian semula UniSHAMS di dalam senarai penajaan program pendidikan, selain program perubatan (MBBS). UniSHAMS telah berjaya mencapai kategori "Berdaya Saing" dalam penarafan SETARA 2022, seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi baru-baru ini.
    Hasil dari sesi perbincangan tersebut, pihak UniSHAMS berharap agar program-program akademik yang ditawarkan di peringkat Pra Siswazah dan Pasca Siswazah akan berpeluang untuk mendapat penajaan pihak MARA, seterusnya dilihat dapat menarik minat pelajar serta mampu untuk mempertingkatkan jumlah kemasukan pelajar ke UniSHAMS.
    Delegasi UniSHAMS pada sesi kunjungan hormat ini turut disertai oleh Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Puan Hajjah Molyna Mohd Annuar, Bendahari, Encik Mohd Marwan Mohd Salleh, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Puan Fuzaini Mohamad, Ketua Unit Hasil & Penajaan.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom