Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 8)

| PRO UniSHAMS | Berita

Kajang, Selangor, 11 Mei 2023 - Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 8) telah berlangsung di Universiti Islam Selangor (UIS) pada tanggal 10 dan 11 Mei 2023 yang lalu.

Program kolaborasi antara Pusat Pengajian Umum (PPU), UniSHAMS dengan Pusat Pengajian Teras, UIS diteruskan dengan tema tahun ini `Implementasi Nilai dalam Mendepani Arus Digitalisasi` sebagai salah satu usaha untuk memberi ruang kepada para ahli akademik membentangkan kertas kajian mereka. Hasil perjanjian kerjasama yang telah berlangsung pada tahun 2019 di UniSHAMS hingga kini 2023 telah banyak kertas kerja dibentang dan telah diterbitkan. Lima tahun berturut-turut banyak peluang yang telah diberikan kepada pihak PPU sebagai rakan sinergi.

Pada tahun 2019 Pengarah PPU, Puan `Adlina Bt. Abd. Khalil telah dilantik sebagai Pengarah Bersama untuk PASAK 4. Tahun 2020 dilantik sebagai penasihat bersama PASAK 5 Diikuti pada tahun 2021 dan 2022 diberi peluang sebagai salah seorang ahli PLENO. Pada tahun ini, tradisi kecemerlangan diteruskan lagi dengan kejayaan pensyarah Pusat Pengajian Umum, Puan Nur Fathin Nadira Abd Rasib telah dipilih sebagai pembentang terbaik PASAK 8 dengan tajuk kajian beliau `Hubungan nilai murni dan etika keusahawanan ke arah  pembentukan bangsa idaman`. Manakala Pengarah PPU, En. Mohammad Aizad bin Mohammad Bokhari menjadi wakil UniSHAMS sebagai ahli sidang PLENO kali ini.

Diharap, hubungan kolaborasi ini menjadi pencetus kepada bidang penyelidikan yang berterusan disamping jaringan sosial dapat dibentuk dengan rakan kerjasama lain seperti UPNM, ILMAN, USIM, UNISSA, Brunei serta PNU, Thailand.

Sustaining Knowledge Through Wisdom


Owned and Governed By:

Kedah Darul Aman
State Government

unishams-logo

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلاميه العالمية

Formerly known as Kolej Universiti INSANIAH

Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman

Tel: +60 4415 5000
Fax: +60 4415 5050
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Follow Us

Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2022 © All rights reserved. Powered by BTM.